OUR ADDRESS

OUR ADDRESS
Powered By Blogger

WELCOME

Love BAHULU, but
BORED with the OLD style?!!
COME and TRY!!!
Bear-SHAPED bahulu.



THE CHOICE IN YOUR HAND...

Wednesday, September 7, 2011

SEJARAH KUIH BAHULU

Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.

Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.

Atas senario ini keluarga kami antara pewaris pembuat kuih bahulu yang sering mendapat tempahan kuih bahulu apabila tiba musim perayaan atau apabila ada majlis keramaian.

Atas pendedahan secara langsung dengan aktiviti membuat kuih bahulu dari generasi terdahulu, maka kami generasi masa kini bertekad untuk mewarisi kelangsungan keluarga dalam membuat kuih bahulu. Dengan adanya peralatan moden proses asimilasi pembuatan bahulu telah menghasilkan perniagaan berasaskan kuih bahulu. Maka kini diwujudkan entiti perniagaan bernama BAHULU OPAH.

No comments:

Post a Comment